Tuesday, May 3, 2011

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA..KASIH AYAH SEPANJANG MASA




...dah dgr lagu di ats td??amacam??rasa sayu & terharu kan?? [bagi aku la,xtaw korang rasa camna]..

8 MEI 2011~ HARI IBU
19 JUN 2011~ HARI BAPA

walaupun beza sebulan,tapi tak salah kan kalau aku nak wish utk kedua-dua insan yg paling bermakna dalam hidup aku selama nie..tanpa mereka,siapalah aku..

BUAT BONDA & AYAHANDA
terima kasih atas segala-galanya..atas segala pengorbanan yang dilakukan demi memastikan anakanda mendapat jagaan,didikan serta pelindungan yang terbaik..
  • memberi kasih sayang yang tidak terhingga & tidak mampu dibalas dengan wang ringgit
  • mengasuh serta mendidik aku menjadi insan yg berguna
  • memenuhi setiap keperluan yg aku perlukan
  • membiayai pengajianku supaya mendapat ilmu yg berguna
  • menjadi pendengar setia setiap masalahku
  • menjadi kaunselor terbaik utk diriku
  • memberi semangat kepadaku utk mengharungi kehidupan
ampun dan maaf dipinta jika anakanda pernah menyakiti atau mengguris perasaan bonda & ayahanda..halalkan makan minum anakanda..sekadar memetik hadis Rasulullah S.A.W

"KEREDHAAN ALLAH BERGANTUNG KPD KEREDHAAN KEDUA IBUBAPA"

semoga Allah memberkati kehidupan mak & abah di dunia dan akhirat
AMIN!!








TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 gebang: